PTPTN: Nie Ching pertahan tindakan mansuh senarai hitam - Utusan Malaysia

PTPTN: Nie Ching pertahan tindakan mansuh senarai hitam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 23 Julai – Langkah kerajaan mengeluarkan nama peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) daripada senarai hitam Jabatan Imigresen adalah konsisten dengan kelonggaran yang diberikan terhadap individu-individu yang gagal membayar pinjaman bank.

Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching berkata, langkah yang dilaksanakan di bawah manifesto kerajaan Pakatan Harapan (PH) itu juga selaras dengan prinsip hak asasi manusia.

“Kalau kita lihat mereka yang berhutang dengan bank, nama mereka tidak akan disenarai hitam di Jabatan Imigresen walaupun tidak membayar hutang secara konsisten atau tidak membayar hutang, sebaliknya hanya disenarai hitam apabila bankrap.

“Saya rasa tidak konsisten hutang dengan bank, jika bankrap baru senarai hitam tapi pinjaman pelajaran terus dimasukkan dalam senarai hitam, jadi kita kena konsisten dalam hal ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Dr. Azman Ismail (PKR-Kuala Kedah) yang ingin mengetahui apakah faedah mengeluarkan peminjam PTPTN daripada senarai hitam Jabatan Imigresen, dalam sesi soal jawab sidang Dewan Rakyat, hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN