KUCHING 8 Julai – Menteri Kerja Raya, Baru Bian memberi jaminan tiada syarikat yang diberi projek menyiapkan Lebuh Raya Pan Borneo (Pan Borneo) akan ditamatkan kontrak kecuali didapati melanggar syarat-syarat perjanjian yang ditandatangani sebelum ini. Beliau yang baru lima hari dilantik menerajui kementerian itu berkata, Pan Borneo merupakan satu daripada projek pembangunan yang diberi perhatian oleh beliau, di samping beberapa lagi projek lain seperti sekolah dan hospital yang dikategorikan kritikal…










