ALOR SETAR – Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) akan memberi keutamaan kepada projek-projek luar bandar yang hanya memberi impak positif kepada rakyat, kata Menterinya, Rina Mohd. Harun. Beliau berkata, kementerian akan mengkaji semula beberapa projek yang kini tertangguh dan akan melaksanakan projek-projek yang benar-benar menguntungkan rakyat tertakluk kepada tahap kewangan semasa negara. “Kita akan laksanakan projek yang tertangguh itu tetapi perlu lihat tahap kewangan semasa negara, namun sekiranya projek tersebut…









