Projek HSR wajar diteruskan - TMJ - Utusan Malaysia

Projek HSR wajar diteruskan – TMJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 20 Julai – Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berpendapat projek Kereta Api Laju Kuala Lumpur-Singapura (HSR) wajar diteruskan.

Projek HSR wajar diteruskan - TMJ
Tunku Ismail Sultan Ibrahim

Tunku Ismail berkata, ini kerana HSR merupakan satu projek yang sangat baik dan akan memberi manfaat kepada kedua-dua negara.

“Saya fikir ini satu projek yang sangat positif yang perlu kita teruskan kerana bukan sahaja akan membantu Johor tetapi juga Singapura.

“Ini akan meningkatkan ekonomi di Johor, mungkin untuk mendapat lebih banyak pelaburan asing. HSR adalah projek yang sangat positif yang perlu kita laksanakan dan teruskan, itu pendapat peribadi saya,” katanya dalam temubual ekslusif bersama Channel News Asia di Singapura semalam.

Dalam perkembangan terbaharu berhubung projek berkenaan, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, Malaysia akan berunding dengan Singapura untuk menangguhkan pelaksanaan projek berkenaan.

Beliau berkata, Kuala Lumpur mendapati pihaknya tidak dapat meneruskan projek itu dalam keadaan kewangan negara sekarang.

“Pada masa ini, (apabila) kami melihat kepada kedudukan kewangan negara, kami berpendapat kami tidak dapat meneruskan projek itu,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen semalam. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN