Program PJJ UPM fleksibel - Utusan Malaysia

Program PJJ UPM fleksibel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Menyambung pengaji­an ke peringkat lebih tinggi merupakan peluang kepada golongan bekerjaya untuk menambah nilai kualiti serta pengetahuan dalam diri.

Namun, hasrat itu mungkin terbantut kerana terikat dengan tuntutan kerja serta komitmen yang tinggi.

Bagi mengatasi masalah itu, Universiti Putra Malaysia (UPM) mengambil inisiatif menyediakan program Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) yang lebih fleksibel mengikut kesesuaian dan ke­perluan seseorang individu.

Dikendalikan oleh UPM Education & Training (UPMET), program PJJ UPM hanya memerlukan pelajar-pelajarnya bersemuka dengan pensyarah seba­nyak dua atau tiga kali dalam satu semester dan selebihnya, proses pengajian disokong de­ngan kelas tutorial, modul serta pembelajaran kendiri.

Lebih menarik, program PJJ UPM turut menggunakan persidangan video yang dikenali sebagai Lintas Langsung Interaktif (LIP).

Kombinasi antara internet dan video itu membolehkan pelajar di pusat pembelajaran melalui rakaman pembelajaran secara langsung.

Sesi kuliah turut dirakam dan dimuat naik ke dalam portal Video On Demand (VOD) untuk rujukan pelajar.

Terdapat 16 pusat pem­be­la­jaran bagi program PJJ UPM di seluruh negara, sekali gus memberi pilihan kepada pelajar untuk mengikuti sesi pem­belajaran di lokasi yang terdekat tanpa memikirkan tentang kesulitan menghadiri kelas.

Pusat-pusat pembelajaran ter­sebut adalah di kampus utama UPM di Serdang, Selangor; Kuala Lumpur; Shah Alam (Selangor), Alor Setar (Kedah), Ipoh (Perak), Seremban (Negeri Sembilan), Ayer Keroh (Melaka), Johor Bahru (Johor), Kuantan (Pahang), Kota Bharu (Kelantan), Kota Kinabalu dan Tawau (Sabah) serta Sibu, Ku­c­hing, Bintulu dan Miri (Sarawak).

Selain itu, UPM turut menawarkan program sepenuh masa tanpa melalui Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (UPU) di Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu Saluran T20.

Saluran T20 bertujuan memberi peluang kepada calon yang tidak mendapat tempat kema­sukan ke UPM melalui saluran perdana, walaupun memenuhi syarat minimum program di universiti itu.

Bagi kemasukan pada sesi semester pertama 2018/2019, ta­rikh tutup permohonan diploma dan ija­zah sarjana mu­da adalah pada 20 Julai, ma­nakala un­tuk pro­­gram ija­zah sarjana (master) dan Saluran pada 31 Julai ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN