Program Khas Haji 1MDB tidak diteruskan - Utusan Malaysia

Program Khas Haji 1MDB tidak diteruskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 30 Julai – Kerajaan Pakatan Harapan tidak akan meneruskan Program Khas Haji di bawah Yayasan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kerana sumber dana program itu mempunyai kaitan dengan syarikat tersebut yang ketika ini dalam siasatan.

MUJAHID YUSOF
MUJAHID YUSOF

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mujahid Yusof berkata, tindakan itu bermakna kuota 1,200 orang yang telah menerima surat tawaran di bawah program tersebut bagi menunaikan haji tahun ini terbatal secara serta-merta.

“Walaupun mereka nak bayar sendiri tapi sebab bermula daripada Yayasan 1MDB dan yayasan sedang disiasat sebab ada kaitan dengan 1MDB, maka kita tidak akan teruskan.

“Kena ingat kuota yang diberi kepada Yayasan 1MDB itu pun kita ambil kuota orang lain. Jadi tidak adil jika kita hendak teruskan sebab bagi kita Yayasan 1MDB sudah diberhentikan sebab dalam siasatan,” katanya dalam sesi soal jawab sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan daripada Datuk Seri Ahmad Maslan (BN-Pontian) yang ingin meminta pertimbangan baik daripada kerajaan supaya memberi ruang dan peluang kepada 1,200 orang yang menerima surat tawaran di bawah program haji 1MDB menunaikan ibadah tersebut tahun ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN