PRK Sungai Kandis: UMNO umum calon esok, guna logo BN - Utusan Malaysia

PRK Sungai Kandis: UMNO umum calon esok, guna logo BN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 19 Julai – UMNO akan mengumumkan calon parti yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis esok petang.

Mat Nadzari Ahmad Dahlan
Mat Nadzari Ahmad Dahlan

Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan berkata, pengumuman itu akan dibuat oleh Timbalan Presiden parti, Datuk Seri Mohamad Hasan yang juga Pengarah Jentera PRK DUN Sungai Kandis pada pukul 4 petang.

“Hasil mesyuarat dengan Presiden, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi semalam telah menetapkan bahawa calon yang bertanding akan menggunakan logo Barisan Nasional.

“Kita juga telah senarai beberapa nama calon PRK Sungai Kandis dan akan dimuktamadkan oleh pucuk pimpinan parti bersama pengurusan Bahagian Kota Raja hari ini,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN