KUALA LUMPUR 20 Julai – UMNO Bahagian Kota Raja memohon pemimpin tempatan diletakkan sebagai calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis berikutan kawasan itu masih mempunyai pemimpin berwibawa.
![]() |
|
Rafify Ramlan
|
Naib Ketua Pemudanya, Rafify Ramlan berkata, ini kerana pemilihan calon tempatan adalah lebih baik kerana lebih dikenali di peringkat akar umbi.
Namun, katanya, walau apa pun keputusan pucuk pimpinan parti dalam tempoh sehari dua ini, pihaknya tetap menghormati keputusan berkenaan.
“Kalah atau menang UMNO di DUN itu tidak sama sekali akan merubah landskap politik di peringkat negeri atau Pusat. Meletakkan calon untuk pertama kali tanpa mempunyai kuasa di peringkat Pusat merupakan cabaran getir buat UMNO dalam mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap parti keramat ini.
“Desas-desus kedengaran seolah-olah calon luar akan diletakkan oleh pucuk pimpinan parti di Sungai Kandis. Namun, jika diletakkan calon tempatan, ia lebih dikenali oleh akar umbi,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. -UTUSAN ONLINE











