Presiden UMNO baharu diharap mainkan peranan sebagai pemantau - Utusan Malaysia

Presiden UMNO baharu diharap mainkan peranan sebagai pemantau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TASEK GELUGOR – Parti Amanah Negara (Amanah) berharap Presiden baharu UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang dipilih semalam, dapat memainkan peranan sebagai pemantau kepada kerajaan Pakatan Harapan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Presiden Amanah, Mohamad Sabu berkata, Zahid merupakan seorang pemimpin yang berpengalaman dan diharapkan beliau dapat memainkan peranan sebagai pemimpin untuk ‘semak dan imbang’ kepada  kerajaan Pakatan Harapan (PH).

“Dengan menghidupkan fahaman demokrasi, beliau dan parti boleh menegur kalau ada mana-mana yang mereka lihat ada kepincangan dan ketidaksesuaian ketika Pakatan Harapan memerintah,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Amanah Pulau Pinang di Sungai Dua sini hari ini.

Beliau juga mengharapkan agar UMNO dapat memainkan tanggungjawab mereka sebaik mungkin sebagai sebagai pembangkang di Parlimen.

Semalam, Ahmad Zahid berjaya memenangi kerusi Presiden UMNO dengan memperoleh 93 undi untuk mengatasi dua pesaingnya iaitu bekas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin (51 undi) dan Ketua UMNO Bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah (23 undi). – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN