BUKIT MERTAJAM 23 Julai – Pejabat Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (PPDNHEP) Seberang Perai Tengah (SPT) menyerbu sebuah premis menjual alat ganti motosikal tiruan di Jalan Nangka di sini hari ini. Serbuan yang bermula pukul 12 tengah hari itu dibuat hasil aduan dan pemantauan yang dibuat oleh pemilik jenama selama dua minggu selepas mengesyaki premis terbabit menjual alat ganti tiruan. Ketua Cawangan PPDNHEP SPT Mohd. Suffian Mohd. Abass…










