KUALA LUMPUR 2 Julai – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mencadangkan agar penjawat awam membuat potongan gaji sekurang-kurangnya RM10 seorang untuk disalurkan kepada Tabung Harapan Malaysia. Presidennya, Datuk Azih Muda berkata, bagi melaksanakan hasrat tersebut, pihaknya akan menemui Ketua Setiausaha Negara dalam masa terdekat untuk memikirkan langkah terbaik sebelum melaksanakan cadangan tersebut. “Ada masa kita meminta kerajaan dan ada masa kita sebagai penjawat awam perlu menyumbang kepada kerajaan.…










