Polis terima 53 laporan mengenai P.Ramasamy - Utusan Malaysia

Polis terima 53 laporan mengenai P.Ramasamy

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 19 Julai- Polis mengesahkan telah menerima sebanyak 53 laporan polis berhubung dakwaan yang mengaitkan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Dr. P. Ramasamy dengan kumpulan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, laporan polis itu dibuat di seluruh negara termasuk sebuah laporan yang dilakukan oleh Ramasamy sendiri.

“Pada mulanya siasatan dilakukan oleh Kontinjen Pulau Pinang namun kini diambil oleh pasukan siasatan khas Bukit Aman.

“Kita sedang siasat, keterangan beliau akan diambil bergantung kepada keperluan,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan kenderaan Peronda Lebuh Raya (EMPV) di Persada Plus di Subang Jaya di sini hari ini.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN