KUCHING – Polis sudah memanggil bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi memberi keterangan berkaitan pelbagai barangan miliknya yang dirampas beberapa hari lalu. Perkara itu disahkan oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim dalam satu sidang akhbar di sini tadi. “Najib sudah dipanggil beberapa hari lalu untuk memberi keterangan mengenai barang-barang rampasan tersebut,” katanya selepas menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Pesuruhjaya Polis Sarawak di Mes Pegawai…










