Polis sahkan jumpa mayat wanita dikerat - Utusan Malaysia

Polis sahkan jumpa mayat wanita dikerat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 6 Julai – Polis mengesahkan penemuan mayat wanita yang dikerat beberapa bahagian sebelum diletakkan dalam dua beg di tepi jambatan Jalan Ipoh di sini semalam.

Datuk Seri Mazlan Lazim
Datuk Seri Mazlan Lazim

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, mangsa ditemukan oleh seorang gelandangan yang terhidu bau busuk dalam sebuah bagasi sebelum mendapati mayat seorang wanita didalamnya.

“Hasil daripada pemeriksaan polis mendapati bukan satu tetapi dua bagasi iaitu bahagian anggota badan mayat tersebut dikerat dan diletakkan pada jaraknya 20.6 meter dari beg pertama ditemukan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita percaya mangsa telah dibunuh di tempat lain sebelum dikerat untuk di bawa ke lokasi kejadian dan dihanyutkan ke dalam sungai berdekatan,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini hari ini.

Mazlan memberitahu, siasatan terperinci mengenainya sedang dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN