TANGKAK – Polis akan memohon perintah sambung reman terhadap seorang pengasuh wanita berusia 35 tahun bagi membantu siasatan kes seorang bayi lelaki 10 bulan yang meninggal dunia hari ini selepas dipercayai terjatuh di rumah pengasuhnya di Taman Sialang di sini. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Mohad Idris Samsuri berkata, tempoh reman sejak Khamis lepas yang diperoleh sebelum ini akan berakhir esok dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001. Seksyen itu memperuntukkan hukuman denda maksimum RM20,000 atau penjara hingga 10 tahun atau kedua-duanya…










