Polis masih menanti pengesahan berhubung berita penangkapan Jho Low - Utusan Malaysia

Polis masih menanti pengesahan berhubung berita penangkapan Jho Low

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Polis masih belum dapat mengesahkan laporan berhubung penangkapan ahli perniagaan kontroversi, Low Taek Jhow atau Jho Low oleh pihak berkuasa China.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, pihaknya telah membuat semakan berhubung perkara tersebut namun masih belum mendapatkan sebarang pengesahan.

“Kami telah membuat semakan dengan pihak polis dan kedutaan China berhubung dakwaan ini.

“Namun, tiada pun diantara mereka yang dapat mengesahkan berita penahanan tersebut,” katanya selepas hadir ke Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Pengarah Jabatan Pengurusan dan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard(JIPS) di PULAPOL, di sini hari ini.

Turut hadir, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim.

Majlis tersebut menyaksikan bekas Pengarah Pengurusan Bukit Aman Datuk Seri Abdul Ghafar Rajab menyerahkan dokumen serah terima tugas kepada Pengarah Pengurusan Bukit Aman yang baharu, Datuk Asri Yusoff.

Dalam pada itu, seramai 100 orang pegawai dan anggota telah dianugerahi dengan Pingst Jasa Pahlawan Negara (PJPN) bagi menghargai jasa dan sumbangan bakti mereka kepada tanah air.

Terdahulu, sebuah portal berita melaporkan tentang penahanan ahli perniagaan tersebut yang dibuat oleh pihak berkuasa China kelmarin.

Portal Sarawak Report yang memetik laporan berita sebuah stesen Hong Kong yang tidak dinamakan mendakwa, penahanan Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low dibuat ketika dia melarikan diri dari Hong Kong ke China.

Portal itu tidak menyebut lokasi sebenar Jho Low ditahan. Bagaimanapun, berdasarkan rekod sebelum ini, Jho Low sudah beberapa kali dilihat berada di Shanghai. – K! ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN