BUKIT MERTAJAM – Seorang anggota polis terpaksa melepaskan tembakan ke arah sebuah kereta jenis BMW dinaiki tiga lelaki yang cuba merempuhnya ketika diarah berhenti selepas mereka cuba memecah masuk sebuah rumah di Taman Sejahtera Permai, Machang Bubok di sini semalam. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata, dalam kejadian pukul 3 petang itu, anggota polis berkenaan bersama rakan setugasnya dari Unit Rondaan Bermotosikal sedang menjalankan Op Harapan di sekitar kawasan itu apabila mendapat maklumat berhubung suspek cuba pecah rumah menaiki kereta…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya