PKR umum calon PRK Sungai Kandis hari ini - Utusan Malaysia

PKR umum calon PRK Sungai Kandis hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG 18 Julai – PKR dijangka mengumumkan calon mereka untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis esok.

Perkara itu disahkan Menteri Besar, Amirudin Shari yang menyatakan calon telah pun diputuskan dan kini hanya tinggal untuk diumumkan sahaja.

Beliau berkata, calon itu diputuskan secara konsensus dalam mesyuarat Biro Politik PKR yang turut dihadirinya semalam.

“Esok kita ada pelancaran jentera, insya-Allah esok kalau dibenarkan dan muktamad kita akan umumkan (nama calon).

“Kita memang rancang esok dan kita sedang uruskan tentang calon dan penyelarasan dengan Pakatan Harapan (PH),” katanya ketika ditemui dalam program Menyemarakkan Inisiatif Peduli Rakyat di DUN Sungai Kandis di sini hari ini.

Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Sungai Kandis akan diadakan pada 4 Ogos manakala hari penamaan calon ditetapkan pada 21 Julai ini berikutan kematian penyandangnya, Mat Shuhaimi Shafiei, akibat kanser limfoma, 2 Julai lalu.

Bagaimanapun, Amirudin enggan mendedahkan identiti individu terbabit dan menye­rahkannya kepada Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail untuk mengumumkannya.

“Biar Presiden umum dan serahkan watikah, bukan posisi saya untuk mengumumkannya,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN