IPOH – Kelab Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP FC) terus dirundung malang apabila tewas 0-2 kepada Selangor dalam perlawanan tunggal Liga Super di Stadium Perak di sini sebentar tadi. Bermula wisel perlawanan ditiup, kedua-dua pasukan menunjukkan permainan saling menyerang ke kubu lawan dalam usaha mendapatkan jaringan awal. Selangor terlebih dahulu mendapat peluang baik apabila penyerang berbisa mereka, Rufino Segovia Del Burgo menendang bola ke gawang PKNP FC namun bola tersebut…










