PULAU PINANG 17 Julai – Kerajaan Negeri Pulau Pinang didesak mengadakan rundingan awam berhubung rancangan pembinaan projek Lebuh Raya Pan Island Link 1 (PIL) di negeri ini. Penasihat Penang Citizens Awareness Chant Group, Yan Lee berkata, rundingan awam itu penting bagi mendapat maklum balas daripada rakyat khususnya di kawasan yang terlibat secara langsung dengan projek tersebut. Menurut beliau, rundingan awam bersama pemaju serta agensi-agensi lain berkaitan projek itu juga dapat…










