ALOR SETAR 25 Julai – Kerajaan negeri Pakatan Harapan (PH) akan melakukan rombakan beberapa portfolio Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) agar selari dengan kementerian di peringkat Pusat untuk memastikan kelancaran pentadbirannya. Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, rombakan tersebut dilakukan setelah semua lantikan menteri dan timbalan menteri di kementerian selesai baru-baru ini. “Pentadbiran baharu ini ada kementerian yang digabungkan, jadi lebih baik portfolio Exco diselaraskan dengan kementerian namun…










