PH dicabar kurang kos sara hidup dalam setahun - Utusan Malaysia

PH dicabar kurang kos sara hidup dalam setahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 19 Julai – Pembangkang memberi tempoh setahun kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk memastikan kos sara hidup rakyat dapat dikurangkan selepas pelaksanaan cukai jualan dan perkhidmatan (SST).

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, Barisan Nasional (BN) memberi peluang tersebut kepada kerajaan kerana sebelum ini mereka mendakwa cukai barang dan perkhidmatan (GST) membebankan rakyat.

“Kita beri tempoh 100 hari sehingga 1 September ini dan selepas itu kita beri tempoh setahun, sama ada harga barang dan kos sara hidup berkurangan selepas pengenalan semula SST.

“Kita memberi peluang kepada mereka sebab janji mereka adalah mengurangkan kos sara hidup. Kalau dulu GST dapat kutip lebih RM48 bilion setahun dan kini SST. Kita tunggu sahaja 1 September nanti,” katanya dalam sidang akhbar di lobi Parlimen, hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN