KUALA TERENGGANU 8 Julai – PETROLIAM Nasional Berhad (Petronas) memperuntukkan sebanyak RM113 juta bagi membiayai keperluan pendidikan 300 pelajar termasuk 43 orang dari negeri ini yang terpilih melanjutkan pengajian ke universiti terkemuka tempatan dan luar negara, tahun ini. Naib Presiden Kanan Pengurusan Sumber Manusia Kumpulan Petronas, Datuk Raiha Azni Abd. Rahman berkata, sumbangan menerusi Program Penajaan Pendidikan Petronas (PESP) itu merupakan antara komitmen berterusan dalam teras pendidikan sejak 1975. Menurut…










