KUALA LUMPUR 2 Julai – Pertumbuhan keuntungan bersih sektor perbankan pada separuh kedua 2018 dijangka agak lembap akibat perubahan polisi selepas pembentukan kerajaan baharu pada pilihan raya umum Mei lalu. Menurut CIMB Equities Research, segmen pinjaman hanya merekodkan pertumbuhan 0.1 peratus kepada 4.9 peratus pada akhir Mei tahun ini berbanding 4.8 peratus pada bulan sebelumnya. Katanya, unjuran pertumbuhan pinjaman pada kadar empat hingga lima peratus dijangka kekal pada tahun 2018.…










