Pertimbang beri pinjaman mudah - Utusan Malaysia

Pertimbang beri pinjaman mudah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menghargai sikap Jepun yang sedia mempertimbangkan permohonan Malaysia untuk mendapatkan bantuan pinjaman mudah yang kini sedang dikaji oleh negara itu.
Hal itu disampaikan oleh Menteri Luar Jepun, Taro Kono kepada Mahathir ketika melakukan kunjungan hormat ke atas beliau di Perdana Putra di sini semalam.

Kono kini dalam rangka lawatan kerja dua hari ke Malaysia bermula Selasa lalu.

Semasa melawat Jepun bulan lepas, Mahathir telah memohon pinjaman yen dari Jepun dalam bentuk pinjaman mudah dan rakan sejawatannya, Shinzo Abe memberitahunya akan mempertimbangkan permohonan itu.

Sebahagian daripada pinjaman itu dijangka digunakan untuk menyelesaikan hutang-hutang lama untuk menyeimbangi kos pinjaman yang tinggi.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN