Perlawanan terpenting England dalam masa satu dekad - Southgate - Utusan Malaysia

Perlawanan terpenting England dalam masa satu dekad – Southgate

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Jurulatih England, Gareth Southgate menyifatkan pertemuan dengan Colombia pada peringkat 16 pasukan terbaik Piala Dunia 2018 FIFA awal pagi nanti adalah satu pertemuan paling penting sejak 10 tahun yang lalu.

England pernah berada dalam situasi yang sama ketika kempen 2010 di Afrika Selatan di mana mereka berdepan Jerman di pusingan yang sama sebelum tumpas 1-4 kepada musuh tradisi mereka itu.

Ketika itu, Southgate masih belum menyertai kem kejurulatihan skuad The Three Lions, sebaliknya hanya menjadi pengulas sukan di sebuah syarikat televisyen tempatan.

Namun awal pagi nanti di Moscow, Southgate yang dilantik sebagai calon simpanan selepas Terry Venables dan Martin O’Neill menolak jawatan jurulatih England, akan menggalas harapan besar seluruh negaranya bagi mencapai impian menjulang trofi Piala Dunia buat kali kedua sejak 1966.

Setakat ini bekas pengurus Middlesbrough itu berjaya melaksanakan tugas yang diberikan dengan membawa England melepasi pusingan kelayakan dan melepasi saingan kumpulan di Rusia ini.

Ditanya sama ada dia sudah bersedia mengharungi perlawanan terbesar dalam kariernya, Southgate berkata: “Ya, saya sudah sedia.

“Kamu perlu menjawab soalan ini sepanjang karier kamu, tidak kira sebagai pemain atau sebagai pengurus.

“Tiada perbezaan dalam persiapan menghadapi perlawanan ini dengan mana-mana perlawanan. Paling penting ialah persiapan dilakukan dengan serius dan kami perlu lakukannya seperti biasa. 

Southgate berkata pemainnya juga sudah bersedia daripada segi mental dan juga fizikal seperti yang ditunjukkan dalam latihan terakhir mereka semalam.

“Para pemain berada dalam semangat yang tinggi. Kami telah menemui keseimbangan dalam menjalani latihan keras dan menikmati perjalanan di kempen ini,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN