MEKAH 20 Julai – Segala-galanya sudah tersedia, cuma menanti kedatangan jemaah haji yang akan tiba secara berperingkat di Mekah bermula Ahad ini. Semua perkhidmatan meliputi 18 bangunan kediaman di 12 maktab muasasah sudah dibuka termasuk pusat khidmat di mana jemaah boleh mendapatkan segala maklumat pergerakan serta bimbingan untuk ibadah haji mereka. Klinik serta bilik kecemasan juga sudah dibuka dan sedia menanti jemaah yang memerlukan khidmat rawatan. Ini semua bagi memastikan…










