KUALA LUMPUR 30 Julai – Baru sahaja selesai menerajui pementasan teater muzikal Usop Yeh Yeh di Auditorium JKKN Perak pada pertengahan Julai lalu, Faha Azhar, 25, mengakui peluang keemasan itu adalah platform terbaik untuk memanjangkan langkah seninya. Julung kali diberi peranan selaku nakhoda dalam mengemudi empat pementasan berdurasi kurang dua jam, anak kelahiran Ipoh, Perak itu berasakan pemilihannya mendukung watak Usop diibaratkan pucuk dicita ulam mendatang. “Sejak dari bangku sekolah…










