Pengurus syarikat didakwa salahguna wang lebih RM3.4 juta - Utusan Malaysia

Pengurus syarikat didakwa salahguna wang lebih RM3.4 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Seorang pengurus syarikat pelaburan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menyalahgunakan wang berjumlah lebih RM3.4 juta berhubung urusan pembelian tanah, tahun lalu.

Tinyu Eian Seng, 50, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Hakim Azwarnida Affandi.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu bersama seorang lagi dituduh didakwa dengan curangnya telah mengeluarkan dan menggunakan wang berjumlah RM3,498,309 milik Ong Khoon Hong bagi maksud pembelian tanah di Lot 1265, Seksyen 67, Kuala Lumpur.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Syarikat Susperior Pool Alliance Holdings Berhad, One South Mall, Jalan OS, Taman Serdang Perdana, Serdang, di sini antara 21 hingga 26 Disember 2017 mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun dan sebat dan denda, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Noor Mawarni Abd Halim menawarkan jaminan RM300,000 dengan seorang penjamin dan syarat tambahan pasport diserahkan kepada mahkamah.

Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin kerana penjaminnya tidak hadir di mahkamah  dan menetapkan 30 Julai untuk sebutan semula kes. – Bernama 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN