KOTA BHARU – Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ketereh di sini yang menjadi kontroversi semalam ditukarkan serta-merta hari ini ke bahagian pentadbiran di Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan. Pengarah JPN Kelantan, Muhammad Zahari Othman berkata, pengetua wanita berkenaan ditukarkan melalui satu surat arahan yang dikeluarkan bertarikh 18 Julai 2018. “Arahan tukar tempat bertugas ini dikeluarkan untuk memberikan ruang kepada beliau berehat dan bertenang ketika menerima tekanan tersebut.…