Penganjur perlu jaga kebersihan - Utusan Malaysia

Penganjur perlu jaga kebersihan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEMERLOH 9 Julai – Penganjur sesuatu program atau majlis perlu memastikan kebersihan kawasan semasa dan selepas setiap aktiviti dijalankan di daerah ini bagi memberikan keselesaan kepada masyarakat setempat.

Yang Dipertua Majlis Perban­daran Temerloh (MPT), Datuk Az­lan Mohd. Yaman berkata, selain itu, pengunjung diminta bersama-sama bertanggungjawab menjaga ke­bersihan dengan tidak membuang sampah di merata-rata tempat.

“Kita meletakkan syarat supaya penganjur yang telah memberikan deposit supaya mengutamakan kebersihan dalam setiap penganjuran majlis.

“Kita menyediakan tong sampah yang mencukupi dan berharap orang ramai juga dapat bersama-sama menjaga kebersihan,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Menurut Azlan, pihaknya sentiasa melakukan pemantauan berterusan bagi memastikan kebersihan di daerah ini.

Dalam pada itu, berhubung aduan kebersihan selepas per­tandingan memancing di Taman Tasik Bandar Temerloh baru-baru ini, beliau berkata, perkara itu telah diselesaikan.

“Berdasarkan apa yang berlaku, penganjur pertandingan itu tidak sempat membersihkan sampah selepas program tamat dilaksanakan kerana sudah malam dan mereka membersihkannya pada keesokan harinya.

“Namun, perkara itu sudah di­selesaikan dan persekitaran tasik sudah dibersihkan,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN