Penceramah bebas, Bakhtiar disenangi masyarakat - Utusan Malaysia

Penceramah bebas, Bakhtiar disenangi masyarakat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 19 Julai – Seorang penceramah bebas yang maut dalam kemalangan di Sungai Petani, Kedah Isnin lalu merupakan seorang yang pemurah dan disenangi masyarakat.

Menurut menantunya, Norsahzana Mohd. Jumaro, 32, arwah bapa mertuanya, Bakhtiar Mohd. Yusof pergi ke Sungai Petani kerana mahu menyelesaikan urusan program korban di Kemboja dan pakej umrah yang akan dilaksanakan pada November ini.

Katanya, sebelum kemalangan itu, arwah bertolak ke Sungai Petani menggunakan perkhidmatan kereta api ETS dari stesen Seremban.

“Dia disambut oleh pembantunya iaitu Nor Siah Aliyasar dan anak wanita itu, Amir Irfan Mat Radzi bagi membantu melancarkan urusan Allahyarham di Sungai Petani,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Dalam kejadian itu, penceramah bebas tersebut maut selepas kereta dinaiki terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta Nissan Almera di Kampung Batu 3 Padang Geh Jalan Kuala Ketil-Baling, Sungai Petani.

Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian setelah cedera parah di bahagian kepala manakala Nor Siah bersama anaknya mengalami kecederaan dan dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani.

Norsahzana berkata, arwah bapa mertuanya akan memaklumkan kepada ahli keluarga sekiranya ada urusan di luar Negeri Sembilan supaya mereka tidak bimbang dengan keselamatannya.

“Arwah akan menghubungi ahli keluarga jika sampai ke sesuatu destinasi dan memberitahu urusan yang perlu dilakukan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN