Pemuda UMNO Masjid Tanah kesal, sedih tindakan Mas Ermieyati keluar parti - Utusan Malaysia

Pemuda UMNO Masjid Tanah kesal, sedih tindakan Mas Ermieyati keluar parti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA 1 Julai – Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Masjid Tanah menyatakan rasa kesal dan sedih atas tindakan Ketua Puteri UMNO, Datuk Mas Ermieyati Samsudin mengumumkan untuk keluar daripada parti itu, hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…
Pemuda UMNO Masjid Tanah kesal, sedih tindakan Mas Ermieyati keluar parti
Hakim Wahid

Ketuanya, Hakim Wahid berkata, tindakan drastik diambil Ahli Parlimen Masjid Tanah itu langsung tidak dijangka malah menjadi persoalan dalam kalangan ahli-ahli parti bahagian berkenaan.

Menurutnya, Mas Ermieyati merupakan antara penggerak utama UMNO bahagian tersebut dan banyak membantu jentera sepanjang kempen Pilihan Raya Umum (PRU) sebelum ini malah berjaya mengekalkan Masjid Tanah sebagai kubu kuat UMNO di Melaka.

“Kami dalam UMNO Masjid Tanah begitu rapat dengannya malah beliau merupakan sumber rujukan saya dalam politik dan banyak berkongsi perkara berkaitan.

“Keputusan yang dibuatnya itu tidak sepatutnya berlaku dan tiada sebab untuk beliau berbuat demikian kerana tindakan itu hanya akan menjadikan UMNO rapuh serta boleh kehilangan kepercayaan di peringkat akar umbi,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini, hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN