SESEORANG yang dilantik menjadi pemimpin adalah dalam kalangan mereka yang dipilih oleh orang lain yang dikategorikan sebagai pengikut. Dalam konsep kepemimpinan Islam, seseorang yang dilantik menjadi pemimpin haruslah mempunyai sifat-sifat kepimpinan yang baik. Pemimpin juga mestilah seorang yang dipercayai dan sentiasa menunjukkan perwatakan baik yang ingin dicontohi oleh orang bawahan dan sekelilingnya. Setiap pemimpin diibaratkan sebagai seorang imam di dalam solat kerana pelantikan atau pemilihan seorang imam itu perlu teliti.…










