Pemimpin belia perlu jadi kumpulan pendesak kerajaan - Utusan Malaysia

Pemimpin belia perlu jadi kumpulan pendesak kerajaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 23 Julai – Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, di era Malaysia baharu peranan dan suara pemimpin belia khususnya Majlis Belia Malaysia (MBM) amat penting dalam menjayakan agenda reformasi kerajaan.

Timbalan Perdana Menteri berkata, pemimpin belia perlu menjadi kumpulan pendesak sebagai mekanisme semak imbang terhadap segala dasar dan keputusan yang berkaitan kepentingan belia dan rakyat.

“Zaman ‘budaya takut’ sudah berlalu, pemimpin belia bebas mengkritik dan memberikan idea yang konstruktif kepada kerajaan selama mana menjaga adab keagamaan dan tatasusila ketimuran yang tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu berucap merasmikan majlis Sambutan 7 Dekad Majlis Belia Malaysia (MBM) di Pusat Konvensyen Bangi Avenue, Bangi di sini hari ini.

Yang hadir sama pada majlis tersebut, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Steven Sim Chee Keong Presiden MBM, Mua’amar Ghadafi Jamal Jamaludin. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN