Pemilihan Speaker DUN Perak kecoh - Utusan Malaysia

Pemilihan Speaker DUN Perak kecoh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH 3 Julai – Sesi pemilihan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) yang baharu kecoh apabila Pakatan Harapan dikatakan mencalonkan dua nama untuk jawatan tersebut.

Ngeh Koo Ham mengangkat sumpah sebagai Speaker DUN Perak dalam Mesyuarat Pertama, Penggal Pertama DUN Ke-14 Perak di Ipoh, semalam. BERNAMA

Kekecohan tercetus selepas Se­tiausaha DUN, Kamarulariffin Ayub mengumumkan hanya tiga calon iaitu Penasihat DAP negeri, Datuk Ngeh Koo Ham (Pakatan Harapan); bekas Timbalan Speaker, Datuk Nasarudin Hashim daripada Barisan Nasional (BN) dan Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, Mohd. Misbahul Munir Masduki (Pas).

Memuatkan artikel berkaitan…

Wakil rakyat pembangkang ya­ng diketuai Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir (BN-Pangkor) bangun meminta penjelasan mengapa satu lagi nama calon tidak di­sebut.

Difahamkan nama seorang lagi calon yang dimaksudkan ialah Ke­­tua Penerangan PKR Perak, Se­nator Siti Aishah Shaik Ismail.

Nama Siti Aishah dicadangkan oleh PKR negeri, namun beliau ke­mudian menarik diri.

Keadaan kecoh apabila pembangkang mendesak penjelasan secara rasmi mengenai perkara itu dan akhirnya Setiausaha DUN memaklumkan calon berkenaan telah menarik diri.

Begitupun, sesi pengundian untuk jawatan Speaker DUN ber­jalan lancar dan Koo Ham, 57, dicalonkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tebing Tinggi, Abdul Aziz Bari dan disokong ADUN Pasir Panjang, Yahaya Mat Nor mendapat undian 31 undi.

Koo Ham kemudiannya me­ngangkat sumpah sebagai Spea­ker DUN yang baharu hari ini.

Nasarudin yang dicadangkan­ oleh BN menerima 25 undi, manakala Mohd. Misbahul Munir (tiga undi).

ADUN Behrang, Aminuddin­ Zulkipli pula dipilih sebagai Timbalan Speaker setelah hanya satu pencalonan diterima untuk jawatan tersebut.

Sementara itu, kesemua 59 ADUN Perak mengangkat sum­pah jawatan didahului Menteri Besar, Ahmad Faizal Azumu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN