Pemaju Residensi Sky Awani 1 tukar warna bangunan - Utusan Malaysia

Pemaju Residensi Sky Awani 1 tukar warna bangunan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 12 Julai – Seramai 437 pembeli Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan (Rumawip) Residensi Sky Awani 1, Sentul di sini kecewa terhadap tindakan pemaju yang menggunakan cat tidak berkualiti pada bahagian luar bangunan kediaman berkenaan.

Seorang pembeli, K. Chandran mendakwa, pembeli berasa tertipu selepas bangunan kediaman menempatkan 1,226 unit itu tidak dicat dengan warna asal seperti yang dijanjikan di dalam risalah dan rumah contoh.

“Jelas sekali cat yang digunakan ini telah ditukar dengan cat yang berkualiti rendah dan penggunaan warna juga berbeza daripada apa dijanjikan sebelum ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Cat ini langsung tidak menepati standard bangunan residensi bertaraf kondominium sebaliknya seperti rumah kos rendah,” katanya ketika sidang akhbar di hadapan bangunan Residensi Sky Awani 1, di sini hari ini.

Menurutnya, dia dan beberapa orang pembeli lain pernah beberapa kali cuba membuat aduan di pejabat pemaju untuk mendapatkan penjelasan namun gagal kerana pemaju enggan memberikan kerjasama. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×