Pasukan KuBest Innovation Team Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Besut yang menang pertandingan Program Pembangunan Sumber Manusia Untuk Tenaga Nuklear di Gyeongju, Korea Selatan pada Mei lalu dijemput membentangkan projek kesedaran nuklear di Rusia, Ogos ini. Pengetua SMK Kuala Besut, Che Soh Che Mat berkata, pihaknya menerima jemputan menerusi e-mel untuk membentangkan projek kesedaran nuklear dalam Kongres Pemuda Perbadanan Tenaga Atom Negara Rusia (Rosatom) di Saint Petersburg pada 27 dan 28 Ogos ini. “Pasukan yang diketuai Ketua Bidang Sains Matematik sekolah, Faizul Abd Raman berhasrat menerima pelawaan daripada Pengurus Projek…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya