KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang bekerjasama dengan pihak Polis Negara Republik Indonesia (Polri) untuk menyelaraskan proses membawa pulang Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamad Md. Yunos yang diburu polis lebih sebulan lalu.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, pendekatan itu bagi membolehkan tindakan undang-undang diambil terhadap Jamal.
“Pihak kami sudah dimaklumkan berhubung tangkapan tersebut oleh pihak berkuasa Indonesia. Susulan kenyataan Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam (kelmarin), PDRM mengesahkan bahawa tangkapan terhadap Jamal sudah dilakukan oleh pihak berkuasa di sana. Perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” katanya dalam satu kenyataan semalam.










