CERIA. Pasukan ragbi kanak-kanak Putrajaya, The Musketeers berbangga apabila berpeluang beraksi pada Kejohanan Ragbi bawah umur 7 tahun di Singapura baru-baru ini. Presiden The Musketeers, Mohd. Nasir Zakaria berkata, The Musketeers mendapat penghormatan apabila menjadi pasukan tunggal Malaysia yang bersaing bersama kelab antarabangsa dari Australia, Kemboja dan Hong Kong. Beliau berkata, pengalaman berharga itu akan menjadi pemangkin kepada The Musketeers untuk terus aktif dalam sukan tersebut.










