KUALA LUMPUR 29 Julai – UMNO dan Pas perlu mengubah `jenama’ parti mereka kepada satu parti yang memperjuangkan keadilan dan kebenaran berlandaskan negara majmuk agar dapat menarik sokongan semua rakyat Malaysia. Ahli Jawatankuasa Pusat MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker berkata, langkah itu perlu dilaksanakan tanpa nada dan tuntutan keagamaan atau perkauman yang melampau yang akan menyebabkan sebilangan besar rakyat termasuk orang Melayu sendiri menolak parti berkenaan kerana retorik politik…










