Pas bimbang wujud negara satu parti - Utusan Malaysia

Pas bimbang wujud negara satu parti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 30 Jun – Cada­ngan beberapa pemimpin Pakatan Harapan untuk membekukan akaun Pas kerana didakwa menerima wang daripada UMNO merupakan langkah awal ke arah mewujudkan negara satu parti sekali gus ‘membunuh’ demokrasi.

ISKANDAR ABDUL SAMAD

Naib Presiden Pas, Datuk Iskandar Abdul Samad men­dakwa, tindakan Pakatan Harapan melaksanakan per­­kara tersebut adalah di­sebabkan kedudukan so­kongan yang tidak kukuh de­ngan undi majoriti orang Melayu dikongsi bersama Pas dan UMNO da­­lam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.

Jelas beliau, undi diperoleh kerajaan sekarang adalah ku­rang daripada 50 peratus dengan pengundi yang mengundi parti tersebut ter­utamanya ahli-ahli UMNO pada bila-bila masa boleh me­ninggalkan Pakatan Harapan.

“(Justeru), satu jalan keluar adalah untuk memastikan UMNO dan Pas tidak wujud lagi dengan membatalkan pendaftaran parti-parti tersebut.

“Langkah pertama adalah dengan membekukan akaun bank mereka, seterusnya mungkin dengan merampas aset dan akhir sekali memba­talkan pendaftaran,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membekukan 900 akaun bank yang mempunyai kaitan de­ngan siasatan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) termasuk akaun bank UMNO Pusat dan beberapa negeri.

Susulan itu, Timbalan Ke­tua Pemuda Parti Amanah Negara, Muhammad Faiz Fadzil turut menggesa pihak berkuasa supaya menyiasat akaun pihak lain yang didakwa menerima wang daripada UMNO termasuk Pas.

Mengulas lanjut, Iskandar berkata, sebarang usaha untuk membunuh demokrasi se­perti yang dilakukan ketika ini sepatutnya membimbangkan rakyat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN