Pas bakal beri ruang kepada BN bertanding PRK Sungai Kandis - Utusan Malaysia

Pas bakal beri ruang kepada BN bertanding PRK Sungai Kandis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Pas dijangka memberi ruang kepada calon Barisan Nasional bertemu calon Pakatan Harapan untuk saingan satu lawan satu dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis 4 Ogos ini.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki memberitahu, setakat ini pihaknya dimaklumkan Pas bersedia memberi laluan kepada BN di dalam PRK tersebut.

“Setakat ini kita dimaklumkan satu lawan satu. Pas sedia beri laluan kepada Barisan Nasional,” katanya dalam sidang akhbar sempena pelantikan ketua dan naib ketua Pergerakan Pemuda UMNO negeri sesi 2018 hingga 2021 di Menara Dato’ Onn di sini sebentar tadi.

PRK DUN Sungai Kandis diadakan ekoran kematian penyandang kerusi tersebut, Mat Shuhaimi Shafiei daripada Parti Keadilan Rakyat pada 2 Julai lalu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN