Parlimen: Malaysia tidak akan benarkan kapal bawa senjata nuklear - Utusan Malaysia

Parlimen: Malaysia tidak akan benarkan kapal bawa senjata nuklear

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu berkata, Malaysia tidak akan membenarkan kapal-kapal yang membawa senjata nuklear berlabuh atau mengadakan latihan di perairan negara ini kerana ia boleh membawa konflik yang buruk kepada rantau ini.

“Kapal-kapal nuklear kalau nak lalu kita boleh bincang, tetapi nak berlabuh dan mengadakan latihan, Malaysia tidak akan bersetuju kerana ia boleh membawa konflik yang buruk kepada rantau ini pada masa akan datang,” katanya.

Beliau menjawab soalan tambahan Hassan Abdul Karim (PH-Pasir Gudang) mengenai pendirian negara, sama ada akan membenarkan kapal-kapal termasuk kapal perang berkuasa nuklear atau yang membawa senjata nuklear melalui Laut China Selatan atau perairan negara.

Mohamad menarik perhatian Selat Melaka merupakan laluan paling sibuk di dunia dengan lebih 100,000 kapal melalui selat itu setiap tahun dan menjaga keselamatan Laut China Selatan serta Selat Melaka amat penting bagi Malaysia.

“Oleh itu, kita akan berusaha secara dialog diplomasi pertahanan dengan negara-negara kuasa besar agar tidak menjadikan Laut China Selatan medan pertarungan mereka,” katanya. – Bernama

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×