KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sedang meneliti cadangan dan akan menjalankan kajian lanjut berhubung pelaksanaan pendaftaran pemilih secara automatik selain menurunkan had umur kelayakan mendaftar sebagai pemilih. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Viu Keong berkata, cadangan itu diteliti kerana kedua-duanya akan melibatkan pindaan kepada undang-undang sedia ada, perubahan proses dan prosedur kerja urusan pendaftaran pemilih serta keperluan sistem dan peralatan untuk pelaksanaan sistem pendaftaran pemilih secara…










