Paras ringgit dijangka 4.02-4.05 - Utusan Malaysia

Paras ringgit dijangka 4.02-4.05

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Ringgit dijangka diniagakan antara 4.02 dan 4.05 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ming­gu depan selepas pertelingkahan tarif AS-China bermula Jumaat lalu, ditambah dengan AS berkemungkinan meningkatkan kadar faedah tahun ini.

Ketua Global Strategi Mata Wang dan Penyelidik Pasaran FXTM, Jameel Ahmad berkata, pasaran kewangan yang baru muncul termasuk ringgit, menghadapi ancaman untuk terus kehilangan arah berikutan suasana berhati-hati yang berpanjangan.

“Ini mendedahkan ringgit kepada lebih banyak penyusutan ber­ikutan tidak menarik minat dan ringgit mungkin terus susut ke paras 4.05,” katanya di sini semalam.

Sementara itu, Ketua Dagangan Asia Pasifik Oanda, Stephen Innes menjangkakan, ringgit-dolar AS diniagakan ke arah neutral ming­gu depan, dalam lingkungan 4.02-4.05, disokong oleh pasaran bon tempatan yang diniagakan neutral minggu sebelumnya.

Bagaimanapun, Innes berkata, pasaran juga menanti lebih banyak arah pasaran daripada mesyuarat Jawatankuasa Polisi Kewangan (MPC) Bank Negara Malaysia pada 11 Julai ini, yang mana katanya, ia boleh mengarah kepada kecende­rungan untuk menurunkan kadar faedah.

“MPC yang cenderung menurunkan kadar faedah bersama dolar AS yang kukuh akan membuatkan dagangan dolar AS-ringgit defensif lagi minggu depan.

“Bagaimanapun, pasangan mata wang ini akan menerima tekanan untuk keluar dari tahap 4.05,” tambahnya.

Untuk minggu yang baru berak­hir, ringgit diniagakan antara 4.0350 dan 4.0470 berbanding dolar AS, ia dipengaruhi oleh pertelingkahan perdagangan AS-China, selain penyiaran minit mesyuarat Rezab Persekutuan AS dan data penggajian bukan ladang AS. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN