PETALING JAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menempatkan 1,000 pegawai dan anggotanya di 23 kawasan seluruh negara bagi menjaga ketenteraman awam sekali gus mencegah berlakunya jenayah.
Memuatkan artikel berkaitan…
Penugasan baharu menerusi Ops Harapan yang dilancarkan semalam itu membabitkan Unit Pergerakan Udara, Unit Berkuda, Pasukan Polis Marin, Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU).
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Datuk Seri Zulkifli Abdullah berkata, Ops Harapan bukan sahaja untuk memberi keyakinan kepada orang ramai, malah bagi menunjukkan kehadiran pihak polis di lokasi tumpuan seterusnya mampu mencegah berlakunya sebarang bentuk jenayah.











