KUALA LUMPUR 19 Julai – Telefon pintar terbaharu di pasaran keluaran Huawei, Nova 3i merupakan peranti pertama di pasaran Malaysia yang ditawarkan dengan cip operasi System on Chip (SoC).
Menurut Pengarah Produk Huawei Technologies (Malaysia), Luke Au penggunaan cip Kirin 710 SoC dalam varian terkini siri Nova itu akan memberikan Nova 3i keupayaan unit pemprosesan pusat (CPU) menghampiri peranti yang menggunakan cip Kirin 970.
Penambahbaikan itu, jelas Luke, menjadikan Nova 3i telefon pintar berharga sederhana yang setanding dengan peranti dalam segmen mewah seperti P20 dari segi spesifikasinya.
“Penggunaan cip pemproses baharu ini membolehkan Nova 3i menjalankan fungsi berat yang kebiasaannya hanya boleh pada telefon pintar kelas mewah,” kata beliau ketika majlis pelancaran Nova 3 dan Nova 3i di sini hari ini.
Oleh kerana Nova 3i merupakan versi “ringan” antara kedua-dua versi ini, Luke memberitahu peranti itu mempunyai perincian yang kurang sedikit berbanding Nova 3.
Kedua-dua Nova 3 dan Nova 3i akan mula dijual pada Ogos hadapan masing-masing pada harga RM1,899 dan RM1,249.
Berikut adalah spesikasi bagi kedua-dua Nova 3 dan Nova 3i.
Huawei Nova 3i
DIMENSI: 157.6mm x 75.2 mm x 7.6mm, 169g
SISTEM OPERASI: Android 8.1 Oreo dengan EMUI 8.1
CIP PEMPROSES: SoC Octa-core Kirin 710 dengan 4GB/6GB RAM
MEMORI: 64GB/128GB dengan slot microSD
BATERI: 3340mAh
SKRIN: Skrin 6.3-inch Full HD + (2280×1080) dengan IPS LCD
SLOT SIM: Dua slot nano SIM
KAMERA: kamera 16MP dengan apertur f/2.2 disokong oleh kamera pengesan kedalaman 2MP (belakang); kamera 24MP disokong oleh kamera pengesan kedalaman 2MP
Huawei Nova 3
DIMENSI: 157mm x 73.7mm x 7.3mm
SISTEM OPERASI: Android 8.1 Oreo disokong oleh EMUI 8.2
CIP PEMPROSES: HiSilicon Kirin 970 MEMORI: 6GB RAM dan 128GB simpanan
SLOT SIM: dua slot microSD untuk cip simpanan sehingga support up to 256GB
BATERI: 3,750 mAh
KAMERA: kamera 16MP dengan apertur f/2.2 disokong oleh kamera pengesan kedalaman 2MP (belakang); kamera 24MP disokong oleh kamera pengesan kedalaman 2MP – UTUSAN ONLINE









