Nik Dir pilihan UMNO Marang - Utusan Malaysia

Nik Dir pilihan UMNO Marang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU 1 Julai – Bekas calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang, Datuk Nik Dir Nik Wan Ku dipilih sebagai Ketua UMNO Bahagian Marang yang baharu dalam pemilihan semalam.

Nik Dir menggantikan A. Latiff Awang yang membuat keputusan untuk memberi laluan kepada proses perubahan.

Nik Dir yang sebelum ini merupakan Timbalan Ketua UMNO bahagian memperoleh 803 undi, menewaskan pencabarnya, Abdul Muttalib Samion yang hanya mendapat 130 undi.

Bagi jawatan Timbalan Ketua pula, bekas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO bahagian, Jasmira Othman yang mendapat 504 undi menewaskan bekas calon Alor Limbat, Datuk Saiful Bahri Baharuddin yang meraih 426 undi.

Sementara itu, bekas calon Parlimen Marang, Mohamad Nor Endut pula menduduki jawatan Naib Ketua setelah berjaya menewaskan A. Razak Mat Amin.

Mohamad Nor menang dengan meraih 602 undi manakala A. Razak mendapat 316 undi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN