Nelayan meninggal dunia diserang sakit jantung di Perlis - Utusan Malaysia

Nelayan meninggal dunia diserang sakit jantung di Perlis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR 20 Julai – Seorang nelayan meninggal dunia selepas dipercayai diserang sakit jantung ketika keluar menangkap ikan di Sungai Berembang, Kuala Perlis, di sini hari ini.

Mangsa yang dikenali sebagai Azman dan berusia 40-an, tiba-tiba rebah di dalam bot ketika berada di tengah laut bersama seorang rakannya kira-kira pukul 8.20 pagi.

Lelaki itu kemudian dibawa ke pelantar nelayan di Kampung Kurong Tengar di sini, oleh dua nelayan lain sebelum disahkan telah meninggal dunia.

Pengesahan itu dibuat oleh pegawai perubatan dari Hospital Tuanku Fauziah (HTF) yang datang ke pelantar berkenaan bersama empat petugas lain pada pukul 9.10 pagi.

Ketua Polis daerah, Superintenden Wari Kiew ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan kes masih dalam siasatan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN